~ CiNtA vs KaWaN ~

May 10th, 2008 by pijoe-4080

Buat sekadar renungan:

suatu hari..CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung..
    tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga..KENAPA?????
kerana CINTA itu buta…lalu
KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…KENAPA????
    kerana
KAWAN akan buat apa saja demi CINTA!!!
di dalam telaga
CINTA hilang…KENAPA???
    kerana
CINTA itu halus…mudah hilang kalau x dijaga…
apatah lagi dalam telaga yang gelap..
    sedangkan
KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu….KENAPA???
kerana
KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia..kan???

~ SO,HARGAILAH KAWAN KITA SELAGI KITA MASIH ADA KAWAN..BILA KAWAN DAH XDE BR NAK HARGAI..MASA TU DAH XBERGUNA 1 SEN PUN..~

orang kata..sahabat boleh jadi kekasih….tp…

   adakah kekasih leh jadi sahabat????

ermmm….rasanya xsampai 2%
leh jd camtu…sbb..bila couple tu clash..secara outometik,perhubungan
sblm ni akan jd permusuhan..rite??? syg akan bertukar jd benci…tp
korang knala ingat..semua yang berlaku mst ada hikmah…jgn biarkan
diri korang diselubungi perasaan benci dan menyampah…kadang2 tu..puas
kita menangis bila ALLAH hilangkan sekejap mentari dan datangkan guruh
dan hujan..puas kita bertanya KENAPA…??? rupa-rupanya…ALLAH nak
anugerahkan kita PELANGI….kepada member2 aku yang frust bercinta…be
patient k…korang kna tabah..hdp ni xselalu indah…xlupa jg pada
mereka yang obses terhadap cinta…." cinta amat mahal
takrifannya,itulah yang difitrahkan oleh ALLAH S.W.T. kepada hambanya.
cinta hanya tertulis pada perkataan, tp gagal dilihat pada
zahirnya..kerana cinta itu terjawab di mana wujudnya kesetiaan &
kejujuran di dalamnya..ingat pada yang 1, jujur pada yang setia, setia
pada yangkasih,kasih pada yang rindu,rindulah pada yang
menyayangimu…cinta xkn datang kalau x dicari..cinta juga xkan dapat
kalau tiada siapa yang memberi…tp..make sure..mencari pada yang sudi
memberi..bukan meminta pada yang simpati…"

18 tahun doh

May 4th, 2008 by pijoe-4080

18 tahun Tok Guru pimpin kito
rakyat hidup makmur penuh bahagia
islam kito junjung  adat kito jago
tok soh la dok nok bohong
kato dok wak gapo sekaro

Dulu demo  kato merintoh 3 bulan
kini sudoh nyata bulan semakin terang
hati raso bangga hidup pun raso tenang
kelate negeri kito meneraju perubahan
18 tahun Tok Guru pimpin kito

agama islam jadi dasar kito
negeri kebajikan utk rakyak jelata
doa siang male tok guru wak kijo
nak tgk rakyat kelate hidup aman sentiasa
18 tahun tok guru pimpin kito

maso mulo merintoh tok guru buang judi
akaun hak riba tok guru tolok tepi
demo maroh belako kato MB turut hati
hakni kawe raso demo tok berapo reti

gapo alasan demo nok lawan kawe
hak mana kito buat keno dengan islam
jange kito lorat biarlah kito pehey
baru kito sepakat pakat jago kelate

negeri kelate negeri kebajikan
kota bharu pulok bandaraya islam
mari kito sokong mari kito pegang
semoga tok guru terus perintoh kelate
18 tahun tok guru pinpim kito
mari pakat sokong biar merintoh sapa ke bilo

18 Tahun

May 4th, 2008 by pijoe-4080

18 tahun Tok Guru pimpin kito
rakyat hidup makmur penuh bahagia
islam kito junjung  adat kito jago
tok soh la dok nok bohong
kato dok wak gapo sekaro

Dulu demo  kato merintoh 3 bulan
kini sudoh nyata bulan semakin terang
hati raso bangga hidup pun raso tenang
kelate negeri kito meneraju perubahan
18 tahun Tok Guru pimpin kito

agama islam jadi dasar kito
negeri kebajikan utk rakyak jelata
doa siang male tok guru wak kijo
nak tgk rakyat kelate hidup aman sentiasa
18 tahun tok guru pimpin kito

maso mulo merintoh tok guru buang judi
akaun hak riba tok guru tolok tepi
demo maroh belako kato MB turut hati
hakni kawe raso demo tok berapo reti

gapo alasan demo nok lawan kawe
hak mana kito buat keno dengan islam
jange kito lorat biarlah kito pehey
baru kito sepakat pakat jago kelate

negeri kelate negeri kebajikan
kota bharu pulok bandaraya islam
mari kito sokong mari kito pegang
semoga tok guru terus perintoh kelate
18 tahun tok guru pinpim kito
mari pakat sokong biar merintoh sapa ke bilo

KISAH SEDIH

April 16th, 2008 by pijoe-4080

TERIMA KASIH SAYANG
KU UCAP PADAMU
KERANA MU SANGGUP BUANG
NAMA KU DIHATIMU
MANA JANJI MU PEGANG
SUMPAH SETIA HAK DULU
RUPO MU PILIH ORE
HAK LEBIH PADA AKU
SIA SIA KU DOK NATI
PUJO DEMO SELAMA MARI
HABIS MANIS DIBUANG
LALUMU TINGGAL AKU
SEGALA ANGAN ANGAN
HANCUR MENJADI DEBU
SAYANG NYA KITO DUO
JODOHNYA  TAK PANJANG
DLM SEKELIP MATA
PUTUS SUDAH HUBUNGAN
TIDAK PERNAH KU DUGA
BENDA HAK NAK JADI
KALU KUTAHU DUMULA
TAKKAN KU TURUT HATI
LEMBUT GIGI PADA LIDAH
BIAR TARING SUDAH PADAH
JANJI MU UBAH
KALAU BAPAK DOK BERGENDANG
TENTU ANOK MENARI
KALU KEKASIH CURANG
SUKAR CARI PENGGANTI
BERTEPUK SEBELAH TANGAN
TAKKAN BERBUNYI
KALAU AKAR DICINCANG
PUCUK PUN BULIH MATI
SIA SIA KU DOK NATI
PUJO DEMO SELAMO MARI
SAKIT KAKI KENO SEMBILU
ADO UBAT BUI HILE
SAKIT HATI KENO TIPU
MALU NOK OYAK KOKRE
TIDOK PERNAH KUDUGA
SIKAPMU BEGITU
KERANA NI HARTA
SANGGUP MU TINGGAL AKU
HIDUP KU SEKARANG
SUDOH  TAK BEERTI
SUPO LAYANGLAYANG
BARU PUTUS TALI
HARAP PAGAR MAKE PADI
RUPO LAWA TAK DOK BUDI
MU BUSUK HATI
TERIMA KASIH SAYANG
KU UCAP PADAMU
KERANA MU SANGGUP BUANG
NAMAKU DIHATIMU
MANA JANJIMU PEGANG
SUMPAH SETIA HAK DULU
RUPOMU PILIH ORE
HAK LEBIH PADA KAU
SIA SIA KU DOK NATI
PUJO DEMO SELAMA MARI
HABIS MANIS DIBUANG
LALU MU TINGGAL AKU
SEGALA ANGAN ANGAN
HANCUR MENJADI DEBU

AKU, KAU BERBEZA…AKU, KAU ISTIMEWA..

April 13th, 2008 by pijoe-4080

.    

AKU, KAU BERBEZA…AKU, KAU ISTIMEWA…   

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
 ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah
 wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa
disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah
kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya
 hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian
 belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada
 sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan
 perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
 menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat
 asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan
 mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
"
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan
 dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.
Surah Al-Munaafiquun : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.

Ayat : 9    Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Ayat : 11 Para Ulama’ berpesan untuk kita jadikan pegangan: Barangsiapa meninggalkan solat
 Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya’, maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan
lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
 dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja…. Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka’abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah… Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni…Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.

SEMAN WAU BULAN

March 26th, 2008 by pijoe-4080

Seman
Mamat atau Seman Wau Bulan aktif berdikir barat bersama 50 orang rakan
dalam kumpulan nyanyian bersama kumpulan "Puak Kampung Pondok Kubang
Tin" , Peringat pada tahun 1958. Beliau juga belajar daripada
tokoh-tokoh termasuk Pak Leh Tapang dan Hussin Belimbing pada masa itu.

Menyentuh tentang gelaran wau bulan , beliau memberitahu bahawa
setiap tukang karut mempunyai gelaran tersendiri mengikut pilihan lagu
bagi menutup persembahannya. Lagu wau bulan yang asal-usulnya mempunyai
kaitan dengan Hikayat Dewa Muda menyebabkan beliau berminat untuk
membawa lagu tersebut.

Menurut beliau, lagu wau bulan yang
didendangkannya semasa penutup persembahan dikir barat, adalah satu
cara untuk meminta maaf daripada penonton sekiranya terdapat kata-kata
yang yang menyinggung perasaan ramai.

Lagu Wau Bulan ciptaannya
berjaya mengangkat namanya sebagai seorang pendikir Kelantan yang
popular, bahkan lagu berkenaan masih popular hingga ke hari ini.

Bukan
itu sahaja lagu terbabit menjadi lagu wajib setiap kali persembahan
dikir barat diadakan di mana ianya menjadi lagi penutup setiap
persembahan.

Allahyarham juga turut menghasilkan berpuluh-puluh
buah album termasuk album terakhir bertajuk Dewan Muda yang diterbitkan
sebanyak enam siri sekitar tahun 2000. Sebagai menghargai jasa beliau
dalam dikir barat, Allahyarham pernah mendapat beberapa anugerah,
antaranya Anugerah Tokoh Budaya Kelantan oleh Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan pada tahun 2000.

Selain itu,
Allahyarham juga turut menerima Anugerah Tokoh Budaya Parlimen Peringat
pada tahun 1998 dan turut dikurniakan Pingat Bakti oleh Sultan Kelantan
sempena keputeraan baginda pada tahun 1980.

Beliau meninggal
dunia di rumahnya di Kampung Belukar Beta Hulu pada usia 65 tahun
akibat serangan sakit jantung. Allahyarham meninggalkan seorang isteri,
Khadijah Md Noor, lapan orang anak termasuk empat anak tiri dan
sembilan orang cucu.

POK LEH TAPANAG

March 26th, 2008 by pijoe-4080
« on: 08 March 2007, 09:28:12 »
Reply with quoteQuote

Nama
penuh beliau ialah Mat Salleh Bin Haji Ahmad merupakan pengasas dan
pendikir barat yang terulung. Beliau lebih dikenali di kalangan
pendikir dengan nama Pak Leh Tapang. Beliau sangat dihormati dan dan
mendapat sanjungan semua pihak.

Beliau memulakan dikir barat
selepas Perang Dunia Kedua. Pak Leh mengubah corak dikir yang sedia ada
iaitu dikir laba di kalangan masyarakat Kelantan kepada corak baru
dengan mempertahankan pantun.

"Pak Leh mengambil asas daripada
negeri Siam dicampur dengan corak dikir di Kelantan, lalu dinamakan
dikir barat (Siam). Nama itu lekat hingga ke masa ini," jelas beliau.

Pada
masa lalu, dikir barat menjadi hiburan orang-orang kampung seperti
petani dan nelayan. Sekarang ini telah menjadi alat penghibur dan
nasihat hingga ke peringkat bandar dan pelancong dari luar negara. Kini
dikir barat telah pun mendapat tempat melalui radio, TV dan kaset-kaset.

Menurut
Pak Leh ,beliau menggunakan media berdikir barat dalam berbagai tujuan
seperti pendidikan, menasihat, hiburan dan dakwah melalui pantun-pantun
dikirnya yang keluar secara spontan.

"Pak Leh boleh berpantun
secara spontan dengan menggunakan penglihatan ,sebutan dalam apa sahaja
tajuk. Tambah lagi kalau berlawan (bertanding) hujah-hujah pihak lawan
dapat dipantun balik dan mengenakan pula kepada lawan-lawan," tambahnya
lagi.

"Pernah Pak Leh diminta oleh Pejabat Penerangan Negeri
Kelantan membuat dikir barat di kawasan-kawasan hitam dan sempadan
dengan menyeru pengganas-pengganas supaya keluar hutan menyerah diri
pada masa darurat dulu", jelasnya.

Peranan Pak Leh sebagai
penghibur dikir barat bermula di bawah bangsal kecil di kampung-kampung
telah meningkat hingga membawa ke majlis-majlis rasmi di istana, radio,
TV hingga ke peringkat tertubuhnya Dendang Rakyat oleh RTM. Yang
membanggakan ialah Pak Leh adalah yang mengasas dan memulakannya.

Apabila
ditanya tentang kebolehannya untuk melaksanakan tugas tukang karut
dengan berkesan sekali dalam semua majlis dan upacara, beliau
mejelaskan bahawa tukang karut mesti luas pengetahuan termasuk yang
terkini, banyak membaca dan tajam pula perhatian. Itulah isi pada diri
tukang dikir yang ulung ini.

Pak Leh tidak mengasingkan diri
dari masyarakat. Beliau pernah menjadi penghulu Mukim Teluk dan
MukimTapang di Kota Bharu , ahli jawatankuasa PIBG beberapa buah
sekolah berdekatan dan lain-lain badan kebajikan.

Atas jasa-jasa
dan ketokohannya itu, beliau dianugerahi Surat Kepujian tahun 1988 dan
Pingat Setia (PS) 1994 oleh Sultan Kelantan .

Pak Leh sekarang
menetap di Taman Harmoni Kampung Beris Jambu, Jalan Panji Kota Bharu
dalam usia 69 tahun. Beliau memiliki empat orang anak.

Pak Leh
menasihatkan pasukan-pasukan dikir barat termasuk tukang karut , supaya
sentiasa menjaga nama baik pasukan dengan berfikir tentang kebaikan dan
elakkan yang mengarut (berbentuk cabul), atau apa sahaja yang
memburukkan. Dengan ini, imej dikir barat sentiasa baik dan menjadi
alat yang berkesan dalam pendidikan dakwah dan lain-lain sambil
menghibur.

*Sumber daripada: "Pak Leh Tapang Guru Ulung Dikir Barat", Utusan Malaysia 11hb. Januari 1997.

DIKIR BARAT THE MOVIE

March 26th, 2008 by pijoe-4080

PENGENALAN
   Dikir Barat adalah suatu
permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di
Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung
dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu
kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka
akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak
sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

   Dikir
barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun
dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di
musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan
selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan
kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat
adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional
yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima
perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut
perkembangan zaman.

   Perkataan Dikir ialah hasil dari dua
kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian
"Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun
atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair
adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal
dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

ASAL USUL

a)   Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.

Beberapa
pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang
mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini
yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke
Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini
bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu
ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam.
Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan
dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh
masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk
Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan
diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan
sekeliling dan suasana tempatan.

b)   Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.

Ada
orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana
pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana.
Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir
Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh
disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c)   Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.

Bila
memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan.
Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau
nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung
Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini
sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan
permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi
sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam
bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah
dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu
juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek
Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya
terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka
melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang
pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk
menyedapkan
lagi dikir barat.

AHLI KUMPULAN
Di
dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang
karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15
ke 30 orang).

a)   Tukang Karut

Tukang Karut merupakan
orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas
Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair.
Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut
seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang
dikemukakan tanpa berfikir dua kali.

b)   Juara @ Tok Jogho

Juara
merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya
ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara
juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya
di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil
duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan
karutnya sambil berdiri.

c)    Awak-awak

Awak-awak ialah
kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat.
Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun.
Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.
Gelaran
awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun
ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang
dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon
awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua
mereka, Juara.

LAGU KARUT DIKIR BARAT
Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:
1.    Karut Kelantan Cepat.
2.    Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3.    Karut Petani
4.    Karut Wok Yoh
5.    Karut Pendek
6.    Karut Yengki Cepat
7.    Karut Yengki Anjur
8.    Karut Yengki Tengahan (Sederhana)
9.    Karut Yengki Ding Ding
10.  Karut Hala
11.  Karut Selampit
12.  Karut Menora
13.  Karut Jenaka Mak Yong
14   Karut Wau Bulan
Ada tiga jenis irama  Dikir :-

1.    Irama Asli
2.    Irama Padang Pasir.
3.    Irama Hindustan.

PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT
   Semenjak
pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini
sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan
Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir
Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan
dari beberapa segi.  Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk
pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan.

   Pada
asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi
sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat
dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir
Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.

   Lagu-lagu
yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi
baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak
terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun
yang lalu.

   Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah
menjadi aktiviti para muda mudi di Singapura. Dikir barat di sana
begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5
pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar
besaran.

   Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia,
pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini
setiap tahun yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.

PENUTUP

   Demikianlah
persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk Dikir yang
diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat melayu.
Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.

   Dikir
Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan
Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses perubahan
dan pembaharuan.  Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi
ianya juga mampu menyampaikan "mesej"  Kerajaan kepada rakyat dan cara
pemikiran masyarakat.

dikir barat

March 24th, 2008 by pijoe-4080

sal usul mokyong,menora,wayang kulit ni dio mari kot alek patani
siam.kito ng patani adalh satu negrio pd asalnya sbb tu pengaruh budaya
siam byk dale kesenian klate…

kalu kot jenis zapin,pantun tu asal mari dari melaka atau johor…jd mano kesenian asli ore kelate??

bg
ambo kesenian patani adlh kesenian klate,bgtulah sebaliknya…sbb kito
serumpun ng patani.kalu nok tgok ore klate asli gi patani laH.JANGE GI
ALEK GOLOK hehehe….

seni ni bila msuk klate ia mula diubah sesuai ng suasana klate…jadi mano asal kesenian klate?

tolong hamba…